kehidupan ini bukan setakat mengejar kekayaan. Di dalam kehidupan, di kalangan masyarakat saya menghidu satu trend, yakni, kita tidak perlu belajar tinggi-tinggi untuk berjaya dan kaya.
Saya percaya, ramai di kalangan usahawan-usahawan muda juga akan menyokong pendapat ini. Nah buktinya ada di mana-mana. Berapa ramai jutawan, billionaire, usahawan kaya, berjaya tanpa pendidikan tinggi? tanpa perlu melangkah ke universiti? Senaraikan saja nama-nama mereka. Bill Gates yang merupakan antara manusia terkaya di bumi ini, adalah seorang yang dropped-out dari Universiti bukan? Bukti-bukti nyata ini menunjukkan bahawa pendidikan tinggi bukan syarat untuk anda jadi kaya.
Saya juga menghidu saranan bahawa, untuk kaya dan berjaya, mulai dari muda lagi! Ini satu fakta tepat, tiada sangkalan daripada saya
Tetapi ingin saya bawa sahabat-sahabat menyorot kehidupan ini dari perspektif berbeza. Katakanlah selama ini, kehidupan adalah ibarat sebuah padang di dalam sebuah stadium. Dan anda duduk di tempat duduk paling atas sekali. Dan kini, saya pimpin anda untuk duduk di bahagian bawah sekali, dan masih tugas anda, melihat padang (kehidupan) di tengahnya.
Anda masih nampak perkara yang sama, seperti dari tempat duduk lama anda bukan?
Kini, saya minta anda lihat dengan lebih fokus. Buangkan semua perkara lain di fikiran anda dan renung padang (kehidupan) itu lebih berhati-hati. Saya percaya anda akan lihat perkara yang berbeza. Lapangkan fikiran anda untuk memudahkan kita saling bertukar pendapat
Berapa ramai orang yang ada di kalangan kehidupan itu yang berjaya? Kejayaan mereka ini melimpah-limpah bukan? bagaimana pula mereka yang gagal? dapatkah anda memberitahu kepada saya secara detail, bagaimana kehidupan mereka sejak dari kecil sehingga dewasa?
Pattern di dalam minda masyarakat sedia ada, mungkin berbunyi seperti ini. Mereka yang berjaya itu datang dari sebuah keluarga yang di himpit kesusahan, belajar dengan kepayahan, tetapi mereka ini pintar! Kemudian, mungkin juga mereka di kelilingi suasana perniagaan sejak dari kecil. Lantas apabila membesar, otak mereka lebih minat kepada perniagaan. Di sebabkan kesusahan mereka, mereka berusaha sehingga berjaya.
Mungkin juga ada pattern seperti ini. Sejak kecil, mereka ini sudah kelihatan punyai minat kepada sesuatu. Maka dengan melakukan sesuatu yang mereka minat sejak dari kecil, mereka dapat mencungkil bakat mereka dan akhirnya mereka berjaya. Saya pasti kebanyakan penyanyi evergreen mempunyai trait seperti ini. Setuju?
Bagi mereka yang gagal? di gambarkan nakal sejak kecil. Tidak mendengar cakap, suka melakukan perkara yang salah di sisi masyarakat. Kerana kehidupan kelihatan langsung tidak memberi ruang kepada mereka, maka kekal-lah mereka sebagai orang yang gagal. Benar?
Itu cuma sebahagian dari gambaran yang sering saya dengar di kalangan masyarakat. No doubts, saya juga berpendapat begitu dahulu kala.
Tetapi yang lebih parah di sini, tatkala saya mula merasakan, semakin ramai berpendapat untuk berjaya, anda tidak perlu belajar tinggi-tinggi! Itu salah. Maafkan saya jika pendapat saya bercanggah dengan ramai orang.
Tetapi, ingn pula saya katakan, ilmu bukan sahaja boleh di tuntut di tempat sedia ada. Mengertikah? Anda perlu belajar tinggi-tinggi, tidak kira jika anda perlu masuk U atau kalaupun anda tiada peluang ke Universiti. Ilmu adalah sesuatu yang paling perlu anda kejar, selain kekayaan di dunia ini. Mesti! TIdak kira siapa pun anda. Ilmu adalah perkara yang akan merubah diri anda menjadi lebih baik. Dan berjaya kelak
Mungkin ada yang mulai faham apa yang saya bebelkan di sini. Untuk berjaya, anda perlukan ilmu. Jika anda punyai peluang ke menara gading, teruskan, dan biarkan takdir membawa anda ke mana yang perlu. tetapi untuk menyematkan di dalam hati bahawa anda tidak perlu belajar dan sentiasa memperkemaskan ilmu anda, itu adalah salah. Ilmu adalah kunci kejayaan anda. :) Itu yang membezakan sebenarnya mereka yang berjaya di dalam kehidupan, kaya dan berjaya, tetapi pendidikan tidak tinggi. Kerana mereka rajin menuntut ilmu, walaupun mereka tidak berada di dalam kelompok mereka yang menuntut ilmu secara formal.
Kesanggupan mereka sentias mempelajari perkara baru, akan membawa mereka kepada kejayaan.
Namun, sedikit gusar tatkala saya melihat, bahawa kepercayaan, untuk kaya, tidak perlu belajar tinggi-tinggi, cuma perlu tahu berniaga. Sedarkah anda, seni perniagaan itu juga perlu di pelajari?
TIdak kira siapa anda, jangan berhenti mengejar ilmu, di mana saja anda berada. Itulah yang akan membantu anda di dalam kehidupan

Comments
Post a Comment