Skip to main content

Cermin Ajaib, Cermin Diri Anda

Sudah agak lama, saya tidak kemas kini blog. Sekarang saya update! Hehe. Maafkan saya, semester baru sudah bermula. Diam tak diam, sudah tahun 3 rupanya saya dalam program separuh masa ini. Perjalanan masih agak jauh, tapi saya seronok melalui hari demi hari saya. Sentiasa belajar benda baru.

Baiklah, entri kali ini adalah untuk saya sendiri dan juga untuk anda, juga untuk semua orang yang benar-benar ingin berjaya, merubah kehidupan mereka, menjadi lebih baik dari sedia ada.

Mudah sahaja. Hari ini kita ambil sebagai satu hari untuk melihat kembali di mana kita selama ini. Sebagai kayu pengukur perjalanan anda. Keadaan anda pada ketika ini bagaimana. Mudah sahaja. Sekarang, bangun, dan carilah sebuah cermin, kalau boleh nampak hingga ke kaki, lagi bagus!

Berdiri di hadapan cermin itu. Sekarang lihat ke dalam cermin. Lakukan ini, baru kembali sambung baca entri ini. Hehe ( saya rasa, pasti ramai yang akan tangguhkan dahulu bukan, mungkin mahu buat kemudian, tapi apa kata hari ini kita ubah, kita buat sekarang! )

Lihat, adakah anda melihat seseorang yang comot atau segak. Seorang yang bergaya atau sederhana. Seorang yang penuh bersemangat, atau stress? Lihat, cermin diri anda betul-betul. Dan berkata jujur. Tidak perlu anda bagitahu saya, anda boleh simpan sebagai rahsia (nak share pon ok!hehe). Lihat kembali, adakah anda bersemangat? Jika ya, kenapa? Adakah kerana anda telah mencapai beberapa kejayaan kebelakangan ini? Dan anda menghampiri matlamat anda? Oh bagus lah kalau begitu!

Tapi.. bagaimana pula jika anda nampak, diri anda dan masalah-masalah anda yang lain? anda nampak beberapa kerja tertangguh yang menganggu fokus anda. Oh masalah lagi! Atau anda cuma lihat seorang BIASA di cermin? Bukan lagi seorang yang LUAR BIASA seperti yang sering anda impikan?

Latihan ini saya cadangkan adalah untuk membantu diri saya dan anda semua, mengetahui di mana kedudukan anda ketika ini. Sejak (dua menjak) anda mula menulis impian anda, lihat kembali di mana anda sekarang. Berkata jujur, pada diri anda. Ye bukan cakap dalam hati. Cakap betul-betul, Keluarkan suara anda dengan tenang. Cakap apa saja. Mengenai perjalanan anda semenjak anda menulis impian anda.

Jika anda mampu, rekodkan ucapan anda itu. Ya ucapan di hadapan diri anda sendiri. Pada ketika ini, tubuh badan anda mendengar percakapan anda. Anda bercakap dengan diri sendiri , dan sedang melihat kepadanya. Jangan tipu! Jujurlah..

Saya melakukannya malam kelmarin. Banyak juga saya bebel, kadang-kadang tatkala agak stress dengan kerja yang banyak, saya lakukan ini. Memang saya kadang-kadang menitiskan air mata. Itu bukan satu kesalahan. Adalah normal jika manusia menangis. hehe. Tetapi yang baiknya, saya cuma menangis sekejap. Buruk betul tengok muka sendiri menangis! haha. Itu membawa kepada saya fikir, perlu atau tidak menangis.

Dengan bercakap kepada diri sendiri, melalui cermin itu, saya dapat mengenal pasti juga, di mana saya ketika ini. Katakan saya ingin mencapai 9A1 di dalam SPM tahun ini. Maka saya terfikir, dan akan mula re-call keputusan-keputusan ujian saya, pencapaian semasa saya, dan berfikir apa saya boleh buat lagi, untuk semakin menghampiri 9A1.

Nah, sedikit sebanyak anda telah mengetahui, kenapa saya minta anda cermin diri hari ini. Bercakaplah dengan tubuh badan anda. Jika sekiranya untuk bercakap bersendirian tidak mampu, jadi inilah masanya, cakap terus berhadapan dengan diri anda. :)

Dengan anda lebih memahami diri dan tubuh badan anda, anda akan semakin jatuh cinta padanya, seterusnya lebih mengambil berat mengenainya. Badan yang gembira, jiwa yang ceria, pasti akan berpadu menghasilkan outcome yang hebat.

Selamat mencoba!

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Uang 1000 dan 100.000

Uang kertas Rp.1000 dan Rp.100.000 sama-sama terbuat dari kertas, sama-sama di cetak serta diedarkan oleh Bank Indonesia. Secara kasat mata mereka memang tidak memiliki perbedaan yang mencolok. Secara bersamaan mereka dibuat, keluar dan beredar di tengah-tengah masyarakat melalui Bank Indonesia. Beberapa bulan kemudian, secara tidak sengaja mereka bertemu di salah satu dompet seorang anak muda. Kemudian, terjadilah percakapan diantara mereka, Rp.100.000 bertanya kepada Rp.1000. “Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau?!”. Lalu di jawab oleh uang Rp.1000, “Karena, setelah aku keluar dari Bank, aku langsung berada di tangan orang-orang bawahan. Dari tukang becak, tukang ojek, tukang parkir, penjual sayur, penjual ikan, bahkan sampai di tangan pengemis”. Lalu uang Rp.1000 bertanya kembali kepada Rp.100.000. “Kenapa kamu masih tampak kelihatan seperti masih baru, rapi dan bersih??”. Di jawab oleh uang Rp.100.000. “Karena begitu aku keluar dari bank, aku langsung di sambu

Subhanallah Inilah 10 Fakta tentang Ibu Melahirkan! Mari Muliakan Ibu Kita

Inilah 10 Fakta Tentang Persalinan dan Perjuangan Seorang Ibu Melahirkan anaknya. Semoga Bermanfaat. 1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tanggal EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke-37 dan 42 kehamilan. 2. Ketika bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali daripada ukuran normal untuk menampung kandungannya. 3. Darah yang hilang ketika melalui proses kelahiran normal adalah 500ml. 4. 80% wanita mengalami sindrom Baby Blues semasa 2 minggu pertama selepas persalinan disebabkan oleh perubahan hormon badan. 5. Hanya 1 dari 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin dimulai. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah benar-benar siap untuk melahirkan bayi. 6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sampai 45 Del. Tetapi ketika bersalin ibu akan mengalami rasa sakit hingga 57 Del yang rasanya, menurut para ahli, sama dengan 20 tulang yang dipatahkan secara serentak. 7. Apabila seorang i